Bismillahirahmanirahim..Ya Allah jika ini ujian yang Kau berikan untuk menguji keimanan ku sebagai hambaMu, ku bermohon agar Kau pinjamkanlah aku kekuatan untuk menempuhinya dengan sabar...Amin
Ibu, kau lah sumber kekuatan kami adik beradik.. adik adik masih kecil ibu. apalah yang mereka tahu. cuma kasih sayang yang mereka mahu. keberadaan ibu sentiasa di sisi. belum terdaya kudrat kami untuk menerima apa apa yang memudaratkan mu. tapi ALLAH telah mengatur semuanya. mungkin semuanya ada hikmah. perlahan lahan ALLAH tunjukkan kami ujian yang berat tapi kami tau, mesti berat untuk ibu juga untuk menghadapinya. ibu wanita yang kuat. ibu tak pernah penat melawan kesakitan. bila ditanya semuanya okay. tapi pada awal bulan Mac, ibu makin lemah. ibu dah tak tahan. ibu sakit nak tanggung. nak baring tak senang nak duduk lagilah. bila berdiri ibu rasa nak melayang. macam macam ujian ibu hadapi. tapi ibu masih kuat layan karenah keluarga. masak, mengemas, urus adik adik. walaupun ibu penat, ibu tak kuat tapi ibu buat juga. ibu tak pernah putus asa. tapi hari demi hari kondisi ibu makin teruk. makan pun tak lalu. bila makan je muntah. minum pun muntah. ibu cuma baring terlantar atas katil mengerang kesakitan. bawa pergi hospital, mereka kata ibu kekurangan darah. hampir setiap bulan ibu keluar masuk hospital masukkn darah. bukan satu beg tapi 5 beg pun pernah. ibu masih kuat. masih mampu tersenyum. bila bawa balik rumah, keadaan ibu masih sama. perut ibu makin membesar. tidak tahu kenapa. sudah banyak kali masuk hospital, keputusan masih sama. tiada apa apa. ibu dah tak terdaya nak buat kerja rumah. inilah masa kami anak anak membalas jasa. pengorbanan demi pengorbanan. akak selalu amik cuti sekolah untk jaga ibu dgn urus adik adik walaupun akak nak SPM. akak tak pernah menyesal ibu buat semua ini. sebab ibu segalanya. hidup dan mati akak untuk ibu dgn ayah. Fariha baru berumur 6 tahun. dia yang paling rapat dgn ibu. tapi ibu sakit, dia kurang kasih sayang ibu. kasih ayah dan adik beradik lain rasanya. tak sama dengan ibu. tapi kami adik beradik belajar berdikari. sebab kami taknak susah kan hati ibu. in sha Allah ibu akan sihat nanti. aminn.