23Dis15 Harini ibu balik. dalam ambulans akak tak kuat nak tenung muka ibu. kesakitan yang tak ibu kene tanggung. akak tahu sakit. akak hanya mampu genggam tangan ibu. berharap sakit itu akan hilang. akak hanya mampu suruh ibu bertahan. "bertahan la ibu, akak ada sebelah ibu" hanya kerdipan mata membalasku kata kata ku. hari hari yang terpaksa ku tempuhi untuk selama ini, sangat berat. yang aku harapkan hanya kesembuhan dapat diberikan kepada ibuku. aku nak tengok ibu ceria seperti dulu. senyuman nya yang mampu gembirakan hari hari aku. maaf ibu. akak tak mampu buat ibu tersenyum semula. akak harap pengorbanan untuk beberapa bulan ini mampu membalas semuanya...
24Dis15 ramai kawan kawan ibu datang melawat kat rumah. betapa baiknya ibu dulu. ramai kawan yang datang memberi ibu semangat. ibu seorang yang peramah. tak pernah berhenti berbual. ada je cerita. tapi bila ibu sakit, semua seperti rasa kehilangan. semua merindui keletah ibu. akak ingat lagi masa Arina datang tengok ibu. Arina tanya "makcik ni arina, makcik kenal tak?" ibu hanya mampu kerdip mata. Ya Allah!! sebak nya kami hanya Allah yang tahu. semua rindu ibu. ibu bangun lah ibu......
25Dis15 harini akak takde selera makan. akak tak sedap hati. hati akak kosong. akak memberontak tentu pasal, semua tanya akak kenapa. akak hanya mampu menangis tepi ibu paksa ibu bangun. akak paksa paksa ibu jadi mcm dulu. akak rindu sangat. akak tak pernah terbayang macam mana kalau ibu takde. tak pernah terbayang walaupun sekali..
26Dis15 harini bantuan oksigen ibu sampai. ucu sewa untuk ibu. harini macam biasa, ramai datang melawat ibu. lepas asar, akak tertidur. akak penat sangat. maghrib tu akak bangun. bagi ibu minum susu. lepastu akak pergi dapur nak bersihkan semua botol. malam rasa sunyi. takde bunyi apa apa. hanya angin yang menyapa. akak abaikan. mungkin nak hujan. tiba tiba echa panggil akak. echa cakap ibu dah takde. akak berlari. bila depan ibu, dunia akan berhenti berputar, takde apa akak mampu lakukan, akak kaku. ibu dah pergi atas pangkuan ayah. SELAMANYA.... selama akak jaga ibu, saat terakhir ibu hembuskan nafas akak takde kat sisi ibu. akak minta maaf ibu. mungkin semuanya ada hikmah. akak dah janji nk jadi kuat depan adik adik. akak tak nangis pun ibu. akak pujuk adik adik. perit nya tahan rasa sedih ni. tapi demi adik adik yang ibu amanahkan, akak kuatkan diri. fariha ada tanya, "kakak ibu takde sampai bila bila ke?" " kakak adik tak boleh nangis kan?" ibu,, apa yang patut akak jawab kepada budak kecik yang hanya berumur 6 tahun? faham ke dia ibu?
27Dis15 ibu dikebumikan di felda redong,segamat. ibu pesan ibu nak dekat dengan nenek dan atuk. ibu.....semasa ibu dibacakan talkin, akak dapat rasakan kekuatan ibu, supaya akak jadi kuat. sekuat ibu. akak janji akak akan jadi yang terbaik. TENANGLAH DI SANA WAHAI IBUKU...
AL FATIHAH,
ZULAIHA BINTI MOHD YUSAK
26 Disember 2015
Kekuatanmu adalah sumber inspirasiku....